>

Pages

Jumaat, 17 Disember 2010

TAZKIRAH 8 : MARILAH MENUNAIKAN SOLAT

Salam semua pengunjung blog.semoga anda semua sihat-sihat selalu.sempena hari Jumaat penghulu segala hari, sesi tazkirah Jumaat di wan@dakwah blogger diteruskan lagi berkenaan solat sebagai peringatan kepada aku sendiri dan semua pembaca.Seperti yang kita tau, solat merupakan tiang agama dan merupakan rukun Islam yang kedua.Namun kadang-kadang aku sedih tengok realiti manusia masa kini yang macam sengaja lalai dari menunaikan solat.ni pengalaman sebenar aku, di wayang sebuah shopping complex terkenal di Lembah Klang.Pukul 6.45 petang baru nak masuk wayang untuk tengok cerita 3 jam.Maghrib macam mana?Confirm-confirmlah terlepaskan.
Antara dalil-dalil mengenai Solat

Dan laksanakanlah solat dan tunaikan zakat.Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapat pahala di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah Ayat 110)

Dan hendaklah kamu menunaikan solat adn bertaqwa kepada-Nya dan dialah Tuhan yang kepadanya kamu dihimpunkan.
(Al-An'am Ayat 72)

Apa yang menyebabkan kamu masuk kedalam neraka Saqar?
Mereka menjawab 'Dahulu kami tidak termasuk dalam orang-orang yang melaksanakan solat'
(Al-Muddasir Ayat 42 dan 43)

Sedangkan mereka di bawah ni pun mampu solat kenapa kita tidak dengan keadaan negara yang aman dan kemudahan infrastruktur yang baik.Renung-renungkan.tepuk dada tanya iman.



0 ulasan:

Catat Ulasan